Monday, August 25, 2008

AKTIVITI KRK JOHOR TAHUN 2008

SMK BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI
MINIT CURAI
( BORANG LAPORAN KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMAT )

Nama Kursus / Mesyuarat : MESYUARAT AJK MAJLIS PERHUBUNGAN
PENYELARAS KRK NEGERI JOHOR BIL 2 /2008

Tarikh / Hari : 14 MEI 2008
Masa : 8.00 PAGI
Tempat : SMK SERI GADING, BATU PAHAT, JOHOR
Penganjur : Jabatan Pelajaran Johor
Rujukan / T/tangan : Pengarah Pelajaran Johor ( En. Ramlan bin Sariman )
Sasaran : Majlis Perhubungan Penyelaras KRK Johor (14 orang )
Nama peserta : Pn. Rozana binti Kosnon

Laporan ringkas kursus / mesyuarat
( Sila lampirkan salinan bahan-bahan kursus / mesyuarat )

1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Perhubungan Penyelaras KRK Johor, Pn. Maslina binti Norman

2. Pengesahan minit mesyuarat Mesyuarat AJK Majlis Perhubungan Penyelaras KRK Johor Bil 1/2008
Cadangan : Cik Rosmah binti Nordin
Sokongan : Puan Rahimah binti Mohamad
Encik Izan bin Hussin

3. Perkara-perkara berbangkit :
4.4 Program lawatan "Bench Mark" ke Perak masih dalam perbincangan di peringkat JPNJ
4.5 Surat watikah perlantikan rasmi Penyelaras KRK yang dikeluarkan oleh KPM akan disampaikan semasa Konvensyen KRK Johor 2008 pada 24 Mei 2008 di
UTHM, Parit Raja, Batu Pahat.

Lain-lain hal :

1.0 Buletin KRK sempena Konvensyen Guru-guru KRK 2008 ( Pn Maslina binti Norman )
1.1 Cadangan Majlis Pengetua KRK Johor semua bahan dari setiap daerah dimasukkan
dalam buletin dan cadangan PKM sebahagian bahan daerah yang terbaik
sahaja dimasukkan dalam Buletin KRK Johor
1.2 Buletin KRK mesti disiapkan hari ini supaya dapat diedarkan semasa Konvensyen
KRK Johor nanti.

2.0 Pembentangan Program Nadwah Islamiah KRK Johor 2008 oleh peserta daerah Pasir
Gudang selaku penganjur.
2.1 Program akan diadakan pada 28 hingga 30 Mei 2008 di Pusat Koko Tasek Utara,
Johor Bahru.
2.2 Sasaran adalah pelajar tingkatan 1 dan 2 yang baru melangkah masuk ke sekolah
menengah dan alam remaja. Bertujuan membentuk akhlak dan ilmu yang
lebih murni serta boleh mengenalpasti potensi diri yang positif.Seramai 236 orang
pelajar KRK dan 36 guru pengiring selaku fasilitator yang akan mengambil
bahagian dalam program ini.
2.3 Pendaftaran pada 2.00 hingga 3.00 petang dan hanya guru pengiring sahaja yang
akan mendaftar di meja pendaftaran.Borang kebenaran ibu bapa, borang
maklumat pelajar dan peraturan kursus yang ditandatangani oleh pelajar hendaklah
dibukukan mengikut daerah.
2.4 Taklimat fasilitator akan diadakan pada 23 Mei 2008. Surat panggilan mesyuarat
akan diedarkan kemudian.
2.5 Setiap daerah perlu membawa 2 buah khemah berkapasiti 4 orang setiap khemah
dan 1 first aid serta 4 batang artline marker.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.



Disediakan oleh :




……………………………………
( ROZANA BINTI KOSNON )

No comments: